TZd6YZLmRqLbTFG8YZR9Tqw4d6ezdJbeIrbuNrbcM6fedj==

Telaah Demokrasi Sistem Kufur

×
Telaah Demokrasi Sistem Kufur
Silahkan klik layar

Mengapa Hati Kita Tak Tergugah oleh Al-Quran?

https://rumah-tsaqofah.blogspot.com/2020/12/mengapa-hati-kita-tak-tergugah-oleh-al.html



Oleh: KH Hafidz Abdurrahman (Khadim Majlis-Maahad Syaraful Haramain)

Al-Quran adalah firman Allah. Ketika al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw, ia bukan hanya untuk baginda, tetapi juga untuk para sahabat, kita, dan seluruh umat manusia. Al-Quran memang benar-benar diturunkan kepada manusia, untuk menjadi petunjuk (hudan), khabar gembira (busyra), ubat (syifa’) dan sebagai bentuk kasih sayang (rahmat) Allah kepada kita. Sayangnya, semua itu kadang-kadang tidak membuat kita tersentuh, apatah lagi luluh, menggigil dan bersimpuh kepada-Nya. Sehingga Allah swt berfirman :

 لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَتِلْكَ الأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ 
 “Andai saja Kami turunkan al-Quran ini kepada gunung, pasti engkau akan melihatnya (gunung itu) tunduk dan hancur lebur karana takut kepada Allah. Begitulah contoh-contoh itu Kami gunakan untuk manusia agar mereka berfikir.” [TMQ al-Hasyr (59): 21] 

Gunung yang tidak dikurniakan akal itu, seandainya al-Quran diturunkan kepadanya pasti tunduk dan hancur lebur. Mengapa manusia yang diberi akal, hati dan perasaan tidak mahu tunduk, menggigil dan bersimpuh? Malaikat yang diberi akal dan perasaan pun iri hati kepada kita karana al-Quran tidak diturunkan kepada mereka. Wajar, sehingga mereka mencuri-curi dengar bacaan al-Quran yang kita baca. Maka, tidak hairanlah jika Allah sampai menyatakan begitu rupa tentang manusia yang akal, hati dan perasaannya tak tersentuh oleh al-Quran, yang disebut hatinya mengeras seperti batu, bahkan lebih keras daripada batu.

Persoalannya, apa yang sebenarnya menghalangi akal, hati dan perasaan manusia untuk tersentuh dengan al-Quran? -Dalam kitab "Al-Fawaid", Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah rahimahu-Llah memberikan jawapan. Ketika kita mendengarkan al-Quran dibaca, maka bukalah telinga, hati dan fikiran kita, lalu semaklah baik-baik setiap kata, kalimat dan ayat yang dibaca. Hadirkanlah fikiran dan kesedaran kita, dan bayangkanlah bahawa Allah swt sedang berbicara dengan kita dan menyeru kita. Hadirkanlah Zat yang Maha Berbicara itu di hadapan anda, nescaya kita akan khusyuk, dan tak berganjak. Begitulah yang dialami sahabat Nabi hingga ada di antara mereka ketika dibacakan al-Quran, paling kurang hatinya akan bergetar, menangis, malah sehingga ada yang pengsan.

Begitu juga ketika kita membacanya. Hadirkanlah hati, fikiran, kesedaran dan perasaan kita, bahawa yang kita baca bukanlah ucapan manusia, tetapi firman Allah swt, kekasih abadi kita. Begitulah, para sahabat dahulu memandang al-Quran. Al-Quran, menurut al-Hasan, dipandang oleh mereka ibarat surat cinta yang datang dari Sang Kekasih, Allah ‘Azza wa Jalla. Maka wajar, jika mereka pun membacanya dengan penuh cinta, di kala duduk, berbaring dan berdiri. -Dengan membuka mata, telinga, hati, fikiran dan perasaan kita, kemudian semuanya difokuskan untuk menerima dan mencerna kandungan firman-Nya, pasti hati, fikiran dan perasaan kita pun akan hanyut dalam kedahsyatan kata, kalimat dan ayat-ayat-Nya. Begitulah al-Quran. Allah swt juga berfirman: 

 إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيْدٌ
 “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar menjadi peringatan bagi orang yang mempunyai hati, atau menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya.” [TMQ Qaf (50) : 37]

Mempunyai mata dan telinga, akal, hati, fikiran dan perasaan tidak ada ertinya dan tidak akan boleh menjadikan al-Quran sebagai peringatan, jika semuanya itu tidak hadir dan digunakan untuk mencerna, memahami dan menghayati isinya.

Oleh sebab itu, al-Quran diturunkan kepada kita untuk dibaca, didengarkan bacaannya, dihafal, difahami, dihayati dan diamalkan isinya, serta ditegakkan hukum-hukumnya. Itulah hak-hak al-Quran yang wajib kita tunaikan. Jika tidak, kita pun akan menjadi orang-orang yang diadukan oleh Rasul kepada Allah swt.

 وَقَالَ الرَّسُوْلُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوْا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوْرًا 
 “Dan Rasul itu pun berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini ditinggalkan.'” [TMQ al-Furqan (25) : 30] 

Meninggalkan al-Quran, ketika al-Quran tidak pernah dibaca; ketika dibaca tetapi tidak difahami maksudnya; ketika dibaca dan difahami maksudnya, tetapi tidak diamalkan isinya, dan tidak ditegakkan hukum-hukumnya. Itulah, menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, makna “Ittakhadzu hadza al-Quran mahjura” (Mereka menjadikan al-Quran ini ditinggalkan). Semoga kita tidak termasuk di antara mereka yang diadukan oleh Rasulullah kepada Allah swt. Aamiin
576923221414935698
#Tsaqofah    #Dakwah     #Syariah    #Tafsir    #Hadits    #Khilafah     #TanyaJawab    #Analisis

#Ekonomi    #Nafsiyyah    #Muslimah    #KitabMutabannat    #Video    #PowerPoint     #Ramadhan 

20210121-204514-0000-picsay
20210121-204514-0000-picsay
Tonton Penyebab Runtuhnya Khilafah
Mengapa Hati Kita Tak Tergugah oleh Al-Quran?

Form Bantuan Whatsapp

Assalamualaikum! Ada yang bisa dibantu?
×

Relasi

Chat Kami disini
Home
0
Notif
Darkmode
Total Harga ( Produk)

:

:

Ongkos kirim akan muncul setelah ongkir dipilih

Biaya ongkir: dg berat ()
Total Pembayaran:

Mulai dari jalan, RT/RW, Kec, Kab, Prov dan Kode POS

Tulis catatan disini untuk keterangan lainnya

KIRIM